Thursday, September 19, 2013

Aliya Went to School

Apakhabar Semua..

Bila anak berumur 4 tahun ..
Perkara yang paling menggembirakan ialah bila dia bertanya soalan yang anda tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut anak kecil yang comel. Apabila di ajukan soalan, jawapan yang di berikan juga "wow" membuatkan si ibu terkejut.. dan terdetik di hati.. "cerdiknya anak aku nie".

Anak berusia 4 tahun memang sudah pandai memerhatikan dan menilai setiap gerakan ibubapanya.
Apa yang di lakukan di perhatikan, di soal dan di praktikkan..

Apabila dah muncul pelbagai soalan dari si kecil, mulalah kita terfikir.. lebih baik hantar si kecil nie ke sekolah atau tusyen agar boleh belajar membaca, menulis, mewarna dan yang penting belajar menyesuaikan diri di alam persekolahan. Moga moga nanti senanglah nak bangun mandi pagi & minat nak ke sekolah bertemu dengan rakan rakan..

Jadi sebagai ibu akupun berbincanglah dengan ayah si comel nie untuk hantar dia ke sekolah .. Ayahpun setuju .. si comel nie pun terlampau gembira & excited pergi ke sekolah..

Snap Snap Snap : Gambar kenangan ... :)







No comments: